|
|
|
Tarikh Pelancaran: 01 Feb 2006
|
Apakah Program Affiliate bayar2u.com Program Affiliate bayar2u.com ialah satu program yang menawarkan sistem rakan perkongsian di mana anda sebagai pengguna internet boleh mendaftarkan diri sebagai Affiliate Partner untuk mempromosikan dan menjual produk-produk HEBAT kami iaitu melalui laman web yang akan diberikan kepada anda. Apabila terdapat jualan yang dilakukan oleh anda ataupun lain-lain Affiliate Partner di bawah anda, maka anda akan menerima komisyen ke atas jualan tersebut. Bagaimana Program Affiliate ini Berfungsi? Apabila anda menyertai program affiliate ini, anda akan diberi laman web PERCUMA. Contoh laman web anda adalah www.bayar2u.com/affsignup.php?pid=ID Anda . Promosikan laman web anda dan apabila terdapat pendaftaran dan pembelian dari laman web anda, anda layak untuk terima Profit Jualan sehingga 50% dari kombinasi 10 generasi Affiliate Partner di bawah anda. Semua Profit Jualan yang anda perolehi akan dimasukkan ke dalam e-wallet@bayar2u Bagaimana untuk mempromosikan Laman Web? Anda boleh menggunakan URL Promosi yan tersedia di dalam ruangan Member Area apabila anda Login, dan e-mel kepada semua kenalan anda. PASTIKAN ANDA TIDAK MENGGUNAKAN SPAM E-MAIL !!! Kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda diambil tindakan undang-undang sekiranya anda didapati melakukan Spam Email. Ataupun anda boleh meletakkan iklan promosi di ruangan-ruangan iklan internet bagi mempromosikan laman web anda. Antara laman web iklan percuma yang boleh anda iklankan adalah www.iklanpercuma.com, www.iklan.com.my, www.cari.com.my/classified/ads/, Forum, Yahoo Group, Email, Banner, atau secara off-line iaitu flyers, poster, direct mailing atau kenalan anda. Adakan Program Affiliate bayar2u.com menyalahi undang-undang ? TIDAK. Kami tidak menjalankan skim cepat kaya atau skim piramid. Program kami adalah program pemasaran yang menggunakan konsep Program Affliate dan memasarkan Produk BNZ Marketing yang berkualiti dan mendapat sambutan hangat. Bagi meluaskan pasaran produk kami, anda dilantik sebagai Affiliate Partner untuk mempromosikan produk tersebut dan sebagai ganjaran, anda akan diberikan Profit Jualan ke atas jumlah jualan sehingga 50% daripada jualan tersebut. Peratusan Profit Jualan adalah bergantung kepada generasi Affiliate Partner tersebut. Sila rujuk kepada Pelan Pemasaran kami bagi melihat peratusan Profit Jualan yang akan anda terima. Bagaimana untuk menyertai Program Affiliate bayar2u.com ? Untuk sertai program affiliate, anda perlu mendaftar sebagai Affiliate Partner terlebih dahulu. Pendaftaran ini adalah PERCUMA (pendaftaran percuma ini adalah bermula 01-Feb-2006 sehingga ke satu tempoh yang akan diumumkan kelak). Bagi melayakkan anda menikmati Harga Affiliate Partner, anda perlu membeli produk kami bernilai RM70 untuk melayakkan anda menikmati Harga Istimewa ini. Dan untuk melayakkan anda menerima PROFIT JUALAN, anda perlu menjadi Affiliate Partner yang AKTIF. Bagi tujuan pengaktifan dan seterusnya memperolehi PROFIT JUALAN tersebut, anda perlu membeli mana-mana produk kami yang bernilai sekurang- kurangnya RM70 sahaja Apa yang akan saya dapat apabila saya membeli produk yang berharga RM70.00 ? Anda akan mendapat mana-mana Produk BNZ Marketing mengikut pilihan anda melalui pos dan akaun anda diaktifkan dan anda layak untuk menerima komisen ke atas setiap jualan yang anda dan lain-lain Affiliate Partner tajaan anda. Apa akan terjadi sekiranya saya telah mendaftar tetapi belum membuat pembayaran? Pengaktifan akaun tidak akan dilakukan, TETAPI sekiranya Affiliate Partner tajaan anda yang terlebih dahulu membuat pembayaran sebelum anda, maka anda tidak akan mendapat Profit Jualan daripada jualan mereka ini. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membeli produk dan membuat pembayaran sebaik sahaja selepas mendaftar bagi mengelakkan anda kehilangan Profit Jualan ke atas jualan yang dilakukan oleh Affiliate Partner tajaan anda. Dimana untuk promosikan Laman Web? Terdapat banyak ruang iklan percuma di internet. Hantarkan iklan promosi anda di sana. Selain itu, promosikan melalui email kepada rakan-rakan anda. Anda boleh menghantar e-mel kepada semua kenalan anda dengan menyertakan URL anda (seperti di dalam Member Area) dan mengajak mereka menyertai Program ini dan seterusnya membeli produk kami. Anda juga digalakkan untuk melakukan promosi laman web anda secara off line. Potensi lebih besar. Berapa jumlah minima atau maksima jualan? Tiada had minima atau maksima jualan untuk melayakkan anda menerima Profit Jualan. Anda tetap menerima Profit Jualan walaupun hanya seorang sahaja Affliate Partner anda yang membeli produk kami. Juga tiada had minima dan maksima pada setiap level. Anda boleh menaja sehingga 999 Affliate Partner pada setiap generasi sehingga generasi ke-10. Adakah perlu saya melakukan Maintain Bulanan ? TIDAK. Namun sekiranya Akaun e-wallet@bayar2u anda sama atau melebihi RM20.00, maka anda adalah layak untuk memperolehi Auto Maintain. Auto Maintain TIDAK akan dilakukan ke atas Akaun e-wallet@bayar2u yang KURANG daripada RM20.00. Adakah saya RUGI / UNTUNG dengan Sistem Auto Maintain ini ? Melalui sistem Auto Maintain ini, Akaun e-wallet@bayar2u anda akan ditolak sebanyak RM10.00 dan anda akan mendapat satu produk yang bernilai RM10.00 (akan dihantar melalui POS). Dan jualan ke atas auto maintain tersebut akan diambilkira sebagai Repeat Sale (yang melayakkan anda memperolehi 15% Profit Jualan).
Secara ringkasnya Auto Maintain adalah:- Transaksi Auto Maintain Pendapatan Anda ANDA DAPAT JAWAPANNYA SENDIRI DENGAN MELIHAT KEPADA PENGIRAAN DI ATAS Bagaimana untuk menuntut dan mendapatkan bayaran Profit Jualan? Semua Profit Jualan yang diperolehi oleh anda dan Affliate Partner tajaan anda akan dimasukkan ke dalam akaun e-wallet@bayar2u secara online. Anda boleh melihat akaun tersebut pada bila-bila masa di dalam Member Area. Pembayaran komisen adalah dilakukan secara automatik apabila akaun e-wallet@bayar2u anda melebihi RM20.00. Anda perlu memasukkan maklumat pembayaran di dalam ruangan Kemaskini Profil (di dalam Member Area) dan pihak kami akan memindahkan Akaun e-wallet@bayar2u ke dalam akaun bank anda berdasarkan maklumat yang anda diberikan. PASTIKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN YANG DIBERIKAN ADALAH TEPAT. (Sila masuk ke dalam Kemaskini Profil di Member Area bagi memasukkan maklumat akaun bank anda). Pemindahan Akaun e-wallet@bayar2u ke akaun bank anda ataupun cek akan diproses setiap hujung bulan. Bagi Akaun e-wallet@bayar2u kurang dari RM20, ianya akan dibawa ke bulan hadapan. Bagaimana Profit Jualan dibayar? 'Closing' akan dilakukan pada setiap 01hb atau 02hb atau 03hb. Profit Jualan akan dibayar bermula 07hb setiap bulan melalui akaun bank pilihan anda. Bagi pembayaran Profit Jualan melalui cek, cek akan dihantar bermula 07hb. Bagi Profit Jualan yang kurang daripada RM20 Baucar Produk akan diberikan. Baucar ini boleh ditukarkan dengan produk di stokis yang diiktiraf sahaja atau terus ke Penjabat BNZ Marketing Kg Baru, Kuala Lumpur. Antara bank pilihan yang dibenarkan adalah: |