|
|
|
Tarikh Pelancaran: 01 Feb 2006
|
|
Saya/kami sebagai Affiliate Partner kepada bayar2u.com dengan ini telah baca dan faham dan tanpa sebarang prejudis memahami, mematuhi dan mempersetujui Syarat dan Terma Program Affiliate bayar2u.com sepertimana tertera di bawah ini:.
01.0 bayar2u.com sebagai sebuah perniagaan yang mengedarkan Produk BNZ Marketing. Affiliate Partner yang layak akan menjadi agen kami dengan mempromosikan produk kami melalui website yang diberi percuma. 02.0 Setiap individu boleh mendaftar seberapa banyak akaun dan setiap akaun perlu diaktifkan dengan cara membeli produk-produk kami sekurang-kurangnya RM70 sahaja. Pendaftaran yang menggunakan maklumat yang salah dan palsu seperti email dan nama akan dibatalkan penyertaan mereka.
02.1 Pihak Pengurusan berhak sepenuhnya untuk membatalkan pendaftaran ( atau memadamkan rekod pendaftaran) jika ianya tidak diaktifkan selepas 3 bulan daripada tarikh pendaftaran.
02.2 Pengaktifan Akaun Affiliate Partner hanya akan dilakukan apabila beliau membeli produk yang bernilai sekurang-kurangnya RM70.
02.3 Pihak Pengurusan berhak sepenuhnya untuk membatalkan keahlian ( atau memadamkan rekod keahlian) jika Affiliate Partner TIDAK AKTIF dalam jangkamasa 3 bulan. Definasi TIDAK AKTIF ini merujuk kepada TIADA SEBARANG REPEAT SALE (BELIAN) dalam tempoh 3 bulan yang dilakukan oleh beliau sekurang-kurangnya RM70. Dan semua rangkaian Affiliate Partner yang telah dihapuskan ini akan dinaikkan ke atas kepada Penaja beliau.
03.0 bayar2u.com berhak untuk mengubah, meminda, menambah serta menghentikan sebarang perkhidmatan laman web ini tanpa sebarang notis kepada Affiliate Partner yang berdaftar. 04.0 Jika didapati terdapat sindiket permainan dan perancangan Pelan Pemasaran, keahlian meraka akan ditamatkan. 05.0 Affiliate Partner berhak untuk mengiklankan, mempromosikan laman web Affiliate Partner untuk membolehkan Affiliate Partner menerima Profit Jualan. Penghantaran email SPAM adalah dilarang sama sekali. Kami tidak bertanggungjawab ke atas tindakan yang dikenakan disebabkan email spam yang Affiliate Partner edarkan. 06.0 Affiliate Partner hendaklah mempromosikan laman web mereka sendiri sebagai satu perniagaan Produk BNZ Marketing yang menawarkan program affiliate. Affiliate Partner HANYA dibenarkan mempromosi Produk BNZ Marketing yang mempunyai Program Affiliate yang boleh menjana pendapatan di internet.Affiliate Partner DILARANG mempromosikan website mereka sebagai satu peluang PENJANAAN PENDAPATAN SEMATA-MATA. 07.0 bayar2u.com tidak teragak-agak untuk mendakwa atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat pihak yang melabelkan perniagaan ini sebagai skim cepat kaya, skim piramid dan sebagainya demi untuk melindungi perniagaan ini dan semua ahli program affiliate ini. 08.0 Sebarang kenyataan yang bertujuan mengecam dan memburukkan nama perniagaan ini secara umum tanpa merujuk terlebih dahulu kepada kami adalah dilarang. Keahlian Affiliate Partner akan disekat sekiranya Affiliate Partner bertindak demikian. Sebarang masalah mestilah dirujuk kepada kami terlebih dahulu melalui email rasmi kami, admin@bayar2u.com Jangan lupa untuk menyertakan username dan nama setiap kali menghantar email kepada kami. 09.0 bayar2u.com berhak untuk menahan atau menyekat keahlian Affiliate Partner sekiranya Affiliate Partner melanggar Syarat dan Terma di atas tanpa sebarang notis. 10.0 bayar2u.com tidak bertanggungjawab ke atas kerugian, masalah atau apa sahaja disebabkan oleh program ini. 11.0 Profit Jualan hanya akan dibayarkan kepada mereka yang telah membeli salah satu produk bayar2u sahaja. Tiada had umur dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Bukan warganegara Malaysia hendaklah mempunyai akaun bank yang beroperasi di Malaysia bagi tujuan pembayaran Profit Jualan. 12.0 bayar2u.com hanya akan membayar Profit Jualan apabila ianya melepasi had minima yang telah ditetapkan iaitu RM20.00 dan Profit Jualan ini akan dibayar selewat-lewatnya 7 hari bekerja selepas Penutupan Akaun Bulanan bayar2u. (Penutupan Akaun Bulanan akan dilakukan pada setiap 01hb)
12.1 SEMUA Profit Jualan yang kurang daripada RM50 akan dibayar dengan menggunakan BAUCAR. Baucar ini boleh ditukarkan dengan produk di stokis yang berhampiran ataupun terus ke Pejabat Urusan BNZ Marketing.
13.0 Automaintain akan dilakukan ke atas semua akaun yang sama ataupun melebihi RM20.00. Urusan Automaintain ini akan melibatkan tiga(3) perkara iaitu:-
13.1 Sebanyak RM10.00 akan ditolak daripada Profit Jualan akaun tersebut, 13.2 Transaksi 'Repeat Sale' akan dilakukan ke atas Automaintain ini yang mana akaun tersebut akan layak menerima Profit Jualan 15% daripada Jualan Automain. Lain-lain Level 2- 10, Profit Jualan akan mengikut seperti Profit Jualan bagi Repeat Sale, 13.3 Akaun tersebut akan menerima salah satu produk bayar2u yang bernilai RM10.00 dan produk tersebut akan dihantar terus ke alamat seperti yang tertera di dalam akaun tersebut.
14.0 Beberapa caj perkhidmatan akan dikenakan ke atas pembayaran komisen ini iaitu:-
14.1 Caj Transfer Akaun Maybank (RM1.00) Caj ini akan dikenakan sekiranya Affiliate Partner menggunakan Akaun Maybank. 14.2 Caj Transfer Bukan Akaun Maybank (RM2.00) Caj ini akan dikenakan sekiranya Affiliate Partner menggunakan akaun selain daripada Akaun Maybank. 14.3 Caj Cek/Caj Baucar (RM1.00) Caj ini akan dikenakan bagi menampung kos penyediaan dan penghantaran cek/baucar.
15.0 PROFIT JUALAN BERSIH = Jumlah Profit Jualan -RM10.00 (Automaintain) - Caj
--------------------------------------------TAMAT--------------------------------------------
Program Affiliate bayar2u.com Program yang menawarkan sistem rakan perkongsian di mana pengguna Internet boleh daftarkan diri untuk mempromosi dan menjual produk atau perkhidmatan untuk komisen yang ditetapkan. Affiliate Partner Rakan perkongsian (Rakan Sekutu) yang bertindak sebagai ejen mempromosi dan menjual produk atau perkhidmatan sesuatu perniagaan Internet dan menerima komisen atas setiap jualan.
Pihak Pengurusan bayar2u.com berhak sepenuhnya untuk mengubah atau/dan menambah atau/dan menggugurkan mana-mana Syarat & Terma yang termaktub di atas ini tanpa merujuk dan memaklumkan terlebih dahulu kepada Affiliate Partner ataupun mana-mana pihak yang terlibat samada secara langsung maupun tidak secara langsung dengan Program Affiliate bayar2u.com |
|
Klik di bawah ini bagi melihat bagaimana mudah dan senangnya bagi
|
|
|